Ads

Wednesday, October 12, 2011

Pelan Pembinaan


Pelan Pembinaan

Setelah sekian lama sejak pertempuran pertama di kampung Natar, banyak askar telah berjuang dan terbunuh dihadapan tembok kebal Natar yang suatu masa dahulu merupakan pemerintah dunia. Kini, peperangan yang semakin perlahan, pejuang dan musuh mula mengira kerugian dan kematian askar askar yang gagah berani.
Tidak lama kemudian, peninjau datang dan membawa berita paling menggerunkan, askar Natar yang tidak terkira jumlahnya sedang mula bergerak dari ibu kota Natar. Mereka mula sedar yang mereka sedang berlumba, berlumba melawan masa untuk membangunkan Keajaiban Dunia dan mengembalikan keamanan dunia dari ancaman Puak Natar.
Tetapi untuk membina Keajaiban Dunia bukan satu tugas mudah, mereka memerlukan pelan pembinaan kuno yang tidak diketahui kandungan serta lokasinya.
Berpuluh puluh ribu peninjau menjelajah di seluruh pelusuk dunia demi mencari pelan misteri ini, namun tiada antara mereka yang berjaya menemuinya. Tetapi hari ini, mereka pulang dengan membawa satu berita gembira, mereka telah menemui lokasi pelan tersebut, disembunyikan di lokasi yang tidak mampu dilihat sehingga hari ini dan dikawal oleh berpuluh puluh ribu askar Natar.
Kini, bermulalah era baru.. era pembinaan Keajaiban Dunia.. era peperangan antara mereka yang membinanya dan puak Natar. Ini merupakan peperangan anda, yang akan tercatat dalam sejarah, di sinilah lagenda bermula..
(Story by Grozoth)

Fakta: Untuk mendapatkan pelan, sila rujuk berikut:
# Kampung yang hendak menyimpan pelan pembinaan mesti memiliki sekurang-kurangnya Perbendaharaan tahap 10
# Menyerang dengan serangan normal (bukan serbu!)
# Berjaya memusnahkan perbendaharaan
# Wira mengambil pelan pembinaan

Untuk membina Keajaiban Dunia, pemilik kampung Dunia Keajaiban mesti memiliki 1 pelan pembinaan bagi tahap 0 - 49. Dari tahap 50 - 100, pelan tambahan perlu dimiliki oleh salah seorang ahli persekutuan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...